Friday, December 4, 2009

Taman Selandar Permai

Projek Perumahan Taman Selandar Permai yang terbengkalai berjaya dipulihkan dan majlis penyerahan kunci kepada 58 orang pembeli diadakan pada 30.11.2009 di Dewan Hang Kasturi Selandar. Beribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri kita yang meminta semua pihak yang terlibat untuk menyegerakan kerja-kerja pemulihan projek ini ketika mengadakan lawatan ke DUN pada 4 SEPTEMBER 2009. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada YB Datuk Ghafar Atan, Pengerusi J/K Negeri Perumahan, Pembangunan pekan kecil dan pemulihan projek, En. Roslan Bin Eusoff, Pegawai Daerah jasin, Tuan Haji Murad Bin Hj. Husin, YDP Majlis Perbandaran jasin, En. Mohamed Nasser Bin Hj Selamat, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, Tuan Haji Darus daripada PERTAM, En Chan, Pemaju dan semua yang terlibat kerana memberi kerjasama bagi memulih dan berjaya menyerahkan kunci kepada pembeli-pembeli.

Sunday, August 16, 2009

Program Jiwa Murni 52 tahun Merdeka

Jus, 16 Ogos - Jabatan Agama Islam Daerah Jasin dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri telah menganjurkan Program Jiwa Murni 52 tahun Merdeka diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Kg. Jus.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada program tersebut antaranya ziarah mesra, gotong royong, sukaneka rakyat dan sebagainya. Juga diadakan penyampaian bantuan dalam bentuk makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya oleh Jabatan Agama Islam kepada semua ketua keluarga kampung berkenaan.

Ramai yang hadir dan mengambil bahagian dalam sukaneka dengan penuh semangat.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB En R.Perumal selaku ADUN Asahan. Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Agama Islam Daerah Jasin, Ustat Liew Abdullah, Pegawai Jabatan Hal ehwal Orang Asli, En. Lokman, Penghulu Dun Asahan, En Mohd Yusoff Bin Botak, dan kakitangan kedua-dua jabatan, dan En. Sabaruddin, Pengerusi JKKK Kg Jus..

R.Perumal dalam ucapannya berkata, aktiviti gotong royong yang diadakan pagi tadi akan membolehkan sama-sama memelihara kebersihan setempat agar dapat hidup dalam suasana yang indah, nyaman dan seterusnya hidup dalam keadaan sihat. Apabila diamalkan kebersihan sudah tentu dapat mengelakkan pembiakan nyamuk, lalat dan tikus yang menjadi punca pelbagai penyakt. Pada masa sekarang adalah penting untuk memelihara kebersihan diri dan sekitar untuk mengelakkan penyakit Influenza A(H1N1).

Sukaneka yang diadakan juga bukan saja dapat megeratkan lagi hubungan sesama keluarga di kampong orang asli itu tetapi dapat menjalin hubungan antara kaum orang asli dengan pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan.


Saturday, August 15, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya

Nyalas,11 Ogos - Satu majlis penyampaian Bantuan Hari Raya kepada golongan fakir miskin telah diadakan di JAPERUN Dun Asahan. Seramai 316 penerima telah hadir untuk menerima bantuan tersebut. Bantuan tersebut diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM 300 seorang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Asahan, Y.B En. R.Perumal. Turut hadir pada majlis tersebut, penghulu Dun Asahan, En Mohd Yusoff Bin Botak, Penolong Pegawai Daerah Jasin, Cik Nor Ainna Bte Mohd Abdullah, Penolong Setiausaha Bah. Zakat,MAIM, Mohd Khabir Bin Hj Abdul Karim, Pengerusi-pengerusi JKKK, imam-imam kariah serta ketua-ketua cawangan UMNO Dun Asahan.

Program Sepakat Bestari

Felda Bukit Senggeh, 8 Ogos - Jabatan Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama Komuniti Bestari Dun Asahan telah menganjurkan Program Sepakat Bestari Daerah Jasin 2009 di Padang Awam Felda Bukit Senggeh. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada program tersebut antaranya sukaneka rakyat, pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, penyampaian sumbangan dan bantuan Jab. kebajikan masyarakat kepada golongan miskin Dun Asahan. Seramai 48 orang golongan miskin dari Dun Asahan yang terdiri daripada bangsa melayu,cina dan india telah hadir untuk menerima sumbangan yang diberi dalam bentuk makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan milo. Selain itu, seramai 10 orang penerima bantuan Jab. Kebajikan Masyarakat dari pelbagai skim juga telah dijemput hadir bagi menerima bayaran bantuan bulan Ogos. Program tersebut telah disempurnakan oleh YB En R.Perumal selaku ADUN Asahan. Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Jasin, Tn. Hj Halim Bin Ahmad, Penghulu Dun Asahan, En Mohd Yusoff Bin Botak, Penghulu Dun Merlimau, En Lazan, Pengerusi Komuniti Bestari Peringkat Negeri Melaka, Pengerusi - pengerusi JKKK, Ketua-ketua cawangan UMNO, MIC dan MCA Dun Asahan serta penduduk setempat.

Wednesday, August 12, 2009

Bantuan Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Agama Islam Melaka menyampaikan bantuan Tahunan iaitu bantuan Asnaf Fakir dan Miskin kepada 315 orang dalam DUN Asahan yang berjumlah 94,500.00 dalam satu majlis yang diadakan di Japerun Asahan, Nyalas pada 11 Ogos 2009. Jika banding dengan tahun lepas bilangan penerima meningkat daripada 207 orang kepada 315 orang pada tahun ini. Begitu juga jumlah bantuan juga meningkat daripada 62,100.00 kepada 94,500.00.

Dalam ucapan alua-aluannya, Ustat Mohd Khabir bin Abdul Karim, Penolong setiausaha Bhg. Zakat, Majlis Agama Islam Melaka, memberitahu bahawa selain bantuan tahunan yang diberikan sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, MAIM juga menyediakan pelbagai bantuan seperti bantuan persekolahan, bantuan perniagaan sehingga 2,000.00 dan kepada pesakit Haemodyalis sebanyak RM 360.00 sebulan. Bantuan persekolahan diberikan kepada 3 orang maksimum dan diminta mohon sebelum 30 September 2009.

ADUN Kawasan ketika berucap berkata, "bulan Ramadan merupakan bulan yang meningkatkan pahala melalui ibadah dan amalan kebajikan. Banyak aktiviti yang menjurus kepada kebajikan dan sedekah dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Ucap terima kasih kepada pihak MAIM dan juga kakitangannya kerana menguruskan program ini dengan lancar."

Beliau juga menyeru agar badan-badan lain juga turut untuk sama-sama menyumbang bagi membantu golongan yang memerlukan. Golongan ini juga tidak akan rasa tercicir ketika menyambut hari kebesaran.

GIATMARA juga mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan maklumat berkaitan dengan kursus pendek / latihan yang disediakan dan memberi penjelasan berkaitannya. Penduduk tempatan harus menggunakan kemudahan ini yang boleh membantu dalam meningkatkan pendapatan.
Cik Nor Ainna bin Mohd Abdullah hadiri majlis ini sebagai wakil Pegawai Daerah. Turut membantu dalam menjayakan program ini ialah En. Mohd Yusof bin Botak, Datuk Penghulu DUN Asahan, dan En. Mohamad bin Bajid, setiausaha Japerun.

Saturday, August 8, 2009

Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Jasin




ADUN kawasan sedang menyampaian bantuan kepada golongan miskin
Tuan Pegawai Daerah sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
ADUN Kawasan sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang disaksikan oleh Tn.Hj. Hamdan Hasnan, Pengarah Penerangan Negeri Melaka

Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Jasin diadakan di Padang Awam Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh pada 8.8.09 (Sabtu). Pelbagai acara diadakan bermula 7.00 pagi dengan Senamrobik. Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mengagihkan Topi Keledar kepada penunggang motosikal di kawasan Felda ini di samping menggadakan Kuiz JKJR. Pertandingan Memasak, Mewarna Kanak-Kanak, Melipat Secara Spontan, Anyaman ketupat, Bowling Buah Kelapa, Sepak Raga Bulatan, Berbasikal Lambat dan Lari Daam Guni dan sebagainya diadakan. Pertandingan ini melibatkan semua kaum. Beberapa agensi kerajaan telah mengadakan pameran untuk menjelaskan kepada para pengunjung tentang peranan dan tanggunjawab agensi-agensi berkenaan.

Program telah dirasmikan oleh YB En. R.Perumal, ADUN Kawasan Asahan. Dalam ucapannya beliau telah memuji usaha Komunit Bestari Peringkat Daerah Jasin yang dipengerusikan oleh En. Halim Bin Ahmad, Pegawai Daerah Jasin kerana menganjur satu program yang bermakna kerana melibatkan semua kaum selaras dengan konsep 1Malaysia. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara walaupun kini rakyat negeri menghadapi ancaman wabak penyakit Influenza A ( H1N1). Janganlah mengambil mudah tetapi berwaspada tentang penyakit ini.

Beliau menerangkan objektif program ini antaranya mewujudkan semangat perpaduan antara kaum dan mematuhi konsep 1 Malaysia di samping memberi penjelasan tentang isu-isu semasa kepada masyarakat peringkat akar umbi.

Berkaitan isu kekurangan bekalan gula beliau menasihatkan untuk jangan panik dan membeli gula dalam jumlah yang banyak kerana keadaan ini akan menyebabkan gula dalam pasaran semakin berkurangan. Kerajaan memantau keadaan ini yang biasanya berlaku ketika tiba musim perayaan. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan juga akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorok gula dengan harapan menaikkan harga bahan ini. Bahan gula adalah barang kawalan.

Pegawai Daerah, En. Halim Ahmad dalam ucapannya menyentuh tentang perlunya menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar untuk memerangi wabak penyakit seperti H1N1. Tn Hj. Hamdan Hasnan, Pengarah Penerangan Negeri juga hadiri majlis ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Jasin, Dr. Haslinda mengambil kesempatan ini untuk menerangkan punca penyakit Influenza A( H1N1), simtom-simtom serta cara-cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini. Beliau juga menyeru golongan berisiko tinggi seperti wanita hamil, orang obesiti, pesakit asma, golongan yang menghisab rokok dan sebagai untuk berhati-hati.

Jabatan Kebajikan Daerah Jasin juga menyampaikan sumbangan bantuan bulanan kepada golongan miskin. Mereka diberi bantuan wang tunai dan juga barang keperluan dapor.

Rumah Terbakar di Kg. Relau, Asahan


ADUN R. Perumal menyampaikan bantuan segera dari Jabatan Kebajikan sambil diperhatikan oleh pegawai Daerah dan juga pengerusi JKKK Gunung Mas
Keluarga mangsa bersama R.PerumalRumah terbakar
Rumah sebelah yang turut rosak


Satu kejadian kebakaran Rumah berlaku di Kg.Relau, Asahan pada pagi, hari Jumaat 7.8.2009. Tiada orang di rumah ketika kejadian itu berlaku. Rumah yang disewa oleh Ng Lai Ho, seorang pemandu lori keluar mengankut barang ke Singapura. Isterinya Mahaletchumy seorang penoreh getah berada di kebun getah. Anak-anaknya 4 orang pula semua berada di sekolah ( Ng Shiew Lay, Ng Kwa Hau, Ng Shiew Ho, Ng Shiew Wen). Rumahnya hangus terbakar dan tiada barangan yang diselamatkan. YB R. Perumal, ADUN Kawasan Asahan, En. Halim Ahmad, Pegawai Daerah Jasin, En. Yusuf bin Botak, Penghulu DUN Asahan, En. Anas dan En. Azree pegawai-pegawai Kebajikan serta Cik Badariah , Pembantu Kebajikan DUN Asahan beserta Pengerusi JKKK telah mengunjungi keluarga mangsa tersebut dan menghulurkan bantuan segera serta sumbangan wang tunai. Bantuan kecemasan daripada Tabung Bencana Negeri akan menyusul. Keluaraga kini tumpang di rumah saudara mara sehingga mencari rumah sewa baru.