Wednesday, August 12, 2009

Bantuan Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Agama Islam Melaka menyampaikan bantuan Tahunan iaitu bantuan Asnaf Fakir dan Miskin kepada 315 orang dalam DUN Asahan yang berjumlah 94,500.00 dalam satu majlis yang diadakan di Japerun Asahan, Nyalas pada 11 Ogos 2009. Jika banding dengan tahun lepas bilangan penerima meningkat daripada 207 orang kepada 315 orang pada tahun ini. Begitu juga jumlah bantuan juga meningkat daripada 62,100.00 kepada 94,500.00.

Dalam ucapan alua-aluannya, Ustat Mohd Khabir bin Abdul Karim, Penolong setiausaha Bhg. Zakat, Majlis Agama Islam Melaka, memberitahu bahawa selain bantuan tahunan yang diberikan sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, MAIM juga menyediakan pelbagai bantuan seperti bantuan persekolahan, bantuan perniagaan sehingga 2,000.00 dan kepada pesakit Haemodyalis sebanyak RM 360.00 sebulan. Bantuan persekolahan diberikan kepada 3 orang maksimum dan diminta mohon sebelum 30 September 2009.

ADUN Kawasan ketika berucap berkata, "bulan Ramadan merupakan bulan yang meningkatkan pahala melalui ibadah dan amalan kebajikan. Banyak aktiviti yang menjurus kepada kebajikan dan sedekah dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Ucap terima kasih kepada pihak MAIM dan juga kakitangannya kerana menguruskan program ini dengan lancar."

Beliau juga menyeru agar badan-badan lain juga turut untuk sama-sama menyumbang bagi membantu golongan yang memerlukan. Golongan ini juga tidak akan rasa tercicir ketika menyambut hari kebesaran.

GIATMARA juga mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan maklumat berkaitan dengan kursus pendek / latihan yang disediakan dan memberi penjelasan berkaitannya. Penduduk tempatan harus menggunakan kemudahan ini yang boleh membantu dalam meningkatkan pendapatan.
Cik Nor Ainna bin Mohd Abdullah hadiri majlis ini sebagai wakil Pegawai Daerah. Turut membantu dalam menjayakan program ini ialah En. Mohd Yusof bin Botak, Datuk Penghulu DUN Asahan, dan En. Mohamad bin Bajid, setiausaha Japerun.

No comments:

Post a Comment