Sunday, August 16, 2009

Program Jiwa Murni 52 tahun Merdeka

Jus, 16 Ogos - Jabatan Agama Islam Daerah Jasin dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri telah menganjurkan Program Jiwa Murni 52 tahun Merdeka diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Kg. Jus.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada program tersebut antaranya ziarah mesra, gotong royong, sukaneka rakyat dan sebagainya. Juga diadakan penyampaian bantuan dalam bentuk makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya oleh Jabatan Agama Islam kepada semua ketua keluarga kampung berkenaan.

Ramai yang hadir dan mengambil bahagian dalam sukaneka dengan penuh semangat.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB En R.Perumal selaku ADUN Asahan. Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Agama Islam Daerah Jasin, Ustat Liew Abdullah, Pegawai Jabatan Hal ehwal Orang Asli, En. Lokman, Penghulu Dun Asahan, En Mohd Yusoff Bin Botak, dan kakitangan kedua-dua jabatan, dan En. Sabaruddin, Pengerusi JKKK Kg Jus..

R.Perumal dalam ucapannya berkata, aktiviti gotong royong yang diadakan pagi tadi akan membolehkan sama-sama memelihara kebersihan setempat agar dapat hidup dalam suasana yang indah, nyaman dan seterusnya hidup dalam keadaan sihat. Apabila diamalkan kebersihan sudah tentu dapat mengelakkan pembiakan nyamuk, lalat dan tikus yang menjadi punca pelbagai penyakt. Pada masa sekarang adalah penting untuk memelihara kebersihan diri dan sekitar untuk mengelakkan penyakit Influenza A(H1N1).

Sukaneka yang diadakan juga bukan saja dapat megeratkan lagi hubungan sesama keluarga di kampong orang asli itu tetapi dapat menjalin hubungan antara kaum orang asli dengan pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan.


No comments:

Post a Comment