Saturday, August 15, 2009

Program Sepakat Bestari

Felda Bukit Senggeh, 8 Ogos - Jabatan Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama Komuniti Bestari Dun Asahan telah menganjurkan Program Sepakat Bestari Daerah Jasin 2009 di Padang Awam Felda Bukit Senggeh. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada program tersebut antaranya sukaneka rakyat, pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, penyampaian sumbangan dan bantuan Jab. kebajikan masyarakat kepada golongan miskin Dun Asahan. Seramai 48 orang golongan miskin dari Dun Asahan yang terdiri daripada bangsa melayu,cina dan india telah hadir untuk menerima sumbangan yang diberi dalam bentuk makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan milo. Selain itu, seramai 10 orang penerima bantuan Jab. Kebajikan Masyarakat dari pelbagai skim juga telah dijemput hadir bagi menerima bayaran bantuan bulan Ogos. Program tersebut telah disempurnakan oleh YB En R.Perumal selaku ADUN Asahan. Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Jasin, Tn. Hj Halim Bin Ahmad, Penghulu Dun Asahan, En Mohd Yusoff Bin Botak, Penghulu Dun Merlimau, En Lazan, Pengerusi Komuniti Bestari Peringkat Negeri Melaka, Pengerusi - pengerusi JKKK, Ketua-ketua cawangan UMNO, MIC dan MCA Dun Asahan serta penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment