Saturday, August 8, 2009

Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Jasin




ADUN kawasan sedang menyampaian bantuan kepada golongan miskin
Tuan Pegawai Daerah sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
ADUN Kawasan sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang disaksikan oleh Tn.Hj. Hamdan Hasnan, Pengarah Penerangan Negeri Melaka

Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Jasin diadakan di Padang Awam Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh pada 8.8.09 (Sabtu). Pelbagai acara diadakan bermula 7.00 pagi dengan Senamrobik. Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mengagihkan Topi Keledar kepada penunggang motosikal di kawasan Felda ini di samping menggadakan Kuiz JKJR. Pertandingan Memasak, Mewarna Kanak-Kanak, Melipat Secara Spontan, Anyaman ketupat, Bowling Buah Kelapa, Sepak Raga Bulatan, Berbasikal Lambat dan Lari Daam Guni dan sebagainya diadakan. Pertandingan ini melibatkan semua kaum. Beberapa agensi kerajaan telah mengadakan pameran untuk menjelaskan kepada para pengunjung tentang peranan dan tanggunjawab agensi-agensi berkenaan.

Program telah dirasmikan oleh YB En. R.Perumal, ADUN Kawasan Asahan. Dalam ucapannya beliau telah memuji usaha Komunit Bestari Peringkat Daerah Jasin yang dipengerusikan oleh En. Halim Bin Ahmad, Pegawai Daerah Jasin kerana menganjur satu program yang bermakna kerana melibatkan semua kaum selaras dengan konsep 1Malaysia. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara walaupun kini rakyat negeri menghadapi ancaman wabak penyakit Influenza A ( H1N1). Janganlah mengambil mudah tetapi berwaspada tentang penyakit ini.

Beliau menerangkan objektif program ini antaranya mewujudkan semangat perpaduan antara kaum dan mematuhi konsep 1 Malaysia di samping memberi penjelasan tentang isu-isu semasa kepada masyarakat peringkat akar umbi.

Berkaitan isu kekurangan bekalan gula beliau menasihatkan untuk jangan panik dan membeli gula dalam jumlah yang banyak kerana keadaan ini akan menyebabkan gula dalam pasaran semakin berkurangan. Kerajaan memantau keadaan ini yang biasanya berlaku ketika tiba musim perayaan. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan juga akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorok gula dengan harapan menaikkan harga bahan ini. Bahan gula adalah barang kawalan.

Pegawai Daerah, En. Halim Ahmad dalam ucapannya menyentuh tentang perlunya menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar untuk memerangi wabak penyakit seperti H1N1. Tn Hj. Hamdan Hasnan, Pengarah Penerangan Negeri juga hadiri majlis ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Jasin, Dr. Haslinda mengambil kesempatan ini untuk menerangkan punca penyakit Influenza A( H1N1), simtom-simtom serta cara-cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini. Beliau juga menyeru golongan berisiko tinggi seperti wanita hamil, orang obesiti, pesakit asma, golongan yang menghisab rokok dan sebagai untuk berhati-hati.

Jabatan Kebajikan Daerah Jasin juga menyampaikan sumbangan bantuan bulanan kepada golongan miskin. Mereka diberi bantuan wang tunai dan juga barang keperluan dapor.

No comments:

Post a Comment